KALENDAR HIJRI

SYAWAL MENJELMA LAGI

"Salam AidilFitri Buat Semua Pengunjung Blog Surau SKTU1...Minal Aidin wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan dan kesalahan samada sengaja mahupun tidak...Semoga bertemu kembali di Aidilfitri mendatang..."

Monday, August 24, 2009

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SURAU JB

BERIKUT KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN PENGIMARAHAN DAN PENGURUSAN MUSOLLA AL-HAKIM DAERAH JOHOR BAHRU :

Pertandingan tersebut yang bermula pada 10 Ogos 2009 sehingga 19 Ogos 2009 telah diadili oleh Unit Pendidikan Islam PPD Johor Bahru. Berikut ialah keputusan pertandingan:-

Kategori Sekolah Menengah :-

Johan - SMK Tun. Syed Nasir Ismail JB

Naib Johan - SMK Mutiara Rini JB



Kategori Sekolah Kebangsaan:-

Johan - SK Taman Mutiara Rini 2

Naib Johan - SK Taman Universiti 1



Tahniah dan Syabas kepada sekolah-sekolah yang berjaya dalam pertandingan tersebut.

Sekolah-sekolah berkenaan diminta bersedia untuk ke Pertandingan Pengimarahan dan Pengurusan Musolla Al-Hakim Peringkat Negeri 2009 yang akan dilaksanakan bermula pada 15 September 2009.

Kepada sekolah-sekolah yang tidak berjaya terima kasih dan jangan berputus asa, cuba lagi di tahun hadapan.

Sunday, August 16, 2009

DETIK BERSEJARAH (Majlis Penilaian Musolla Al-Hakim Daerah Johor Bahru

MAJLIS PENILAIAN MUSOLLA ALHAKIM 2009

Hari ini 17 OGOS 2009 (ISNIN) Musolla Al-Hikmah SKTU1 dinilai oleh 3 orang penilai daripada Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru iaitu Ust.Norzaidi, Usth.Hasyimah dan Ust.Nazir.

Mereka meninjau kawasan sekeliling termasuk Khazanah Pusaka yang menghimpunkan kitab-kitab lama, melawat pondok ilmu, melawat lamab blog surau dan sebagainya. Pengurusan fail telah dinilai dan disemak dengan jayanya. Semoga Surau Al-Hikmah SKTU1 mendapat tempat pertama dalam pertandingan Musolla Al-Hakim peringkat Daerah Johor Bahru seterusnya ke peringkat Negeri.

Siiru Ala Barakatillah...Tahniah dan syabas.

Wednesday, August 5, 2009

AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

TAQWIM TAHUNAN SURAU (AKTIVITI/PROGRAM)

HARIAN :

1) Solat Berjamaah
2) Ta'alim / Tazkirah / Tafsir / Hadis
3) Pengajaran dan Pembelajaran Mengikut Jadual

MINGGUAN :

1) Majlis Yasin dan Tahlil Sebelum P&P
2) Usrah Tahap 2
3) Solat Dhuha
4) Kelas Tajwid / Tahsin Qiraah
5) Kelas Fardhu Ain (PAFA)

BULANAN :

1) Tadarus Al-Quran
2) Solat Hajat Perdana
3) Gotong Royong
4) Mesyuarat AJK
5) Penerbitan RISALAH HIKMAH

TAHUNAN / SEMPENA HARI KEBESARAN

1) Qiamullail
2) Sambutan Hari Kebesaran Islam (MAULID,MAALHIJRAH,ISRA MI'RAJ DLL)
3) Nisfu Syaaban
4) Hari Asyura
5) Badar Kubro
6) Ihya Ramadan
7) Kursus Pengurusan Jenazah
8) Kursus Haji dan Umrah
9) Majlis Khatam Al-Quran

Sistem Fail Terkini

SISTEM FAIL SURAU SKTU1

1)JBA1078/SAH/09/01 (FAIL INDUK)
2)JBA1078/SAH/09/02 (CARTA ORGANISASI)
3)JBA1078/SAH/09/03 (MINIT MESYUARAT)
4)JBA1078/SAH/09/04 (PENGGUNAAN)
5)JBA1078/SAH/09/05 (AKTIVITI)
6)JBA1078/SAH/09/06 (STOK)
7)JBA1078/SAH/09/07 (REKOD PINJAMAN)
8)JBA1078/SAH/09/08 (KEWANGAN)
9)JBA1078/SAH/09/10 (BALAI ILMU/SUDUT BACAAN)
10) JBA1078/SAH/09/11 (PENYELIAAN)

Tuesday, August 4, 2009

PIAGAM PELANGGAN SURAU

PIAGAM PELANGGAN
SURAU ALHIKMAH SKTU1


Kami seluruh warga SKTU1 dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan :

1) Memastikan Surau Al-Hikmah SKTU1 akan sentiasa diimarahkan dengan aktiviti kerohanian secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

2) Memastikan jadual tugasan dan taqwim tahunan dilaksanakan dengan tepat dan tersusun.

3) Merekodkan segala aktiviti, mesyuarat, seminar, kewangan serta visi dan misi surau dalam sistem fail yang sistematik samada softcopy dan hardcopy.

4) Menjadikan Surau Al-Hikmah ini sebagai Surau Bestari contoh terbaik dalam daerah Johor Bahru.

5) Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan responsive terhadap keperluan dan kehendak pelanggan.

6) Menyediakan persekitaran kondusif dan budaya cintakan ilmu, amalan duniawi dan ukhrawi serta Iklim Dinie yang konsisten dan bermatlamat.

7) Bersedia dan sanggup menerima cadangan, pendapat, syor dan teguran yang membina untuk memastikan Surau Al-Hikmah SKTU1 ini menjadi tempat yang paling istimewa dalam kawasan sekolah.

Antara Aktiviti Murid Dalam Surau

Sunday, August 2, 2009

MISI DAN VISI

VISI

“SURAU AL-HIKMAH SKTU1 MENJADI
SURAU ALHAKIM GEMILANG TAHUN 2010
DALAM DAERAH JOHOR BAHRU”

MISI

“SURAU ALHIKMAH SKTU1 KOMITED
DAN SEDAYA UPAYA
MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMPUNYAI
JATIDIRI KENTAL,
BERKARISMA TINGGI DAN NILAI KEROHANIAN JITU
DALAM MENDEPANI DUNIA GLOBAL
SERTA CABARAN SEMASA SETIAP TAHUN”

Panorama SEMASA

Sebelum Di Ubah Suai

LATAR