KALENDAR HIJRI

SYAWAL MENJELMA LAGI

"Salam AidilFitri Buat Semua Pengunjung Blog Surau SKTU1...Minal Aidin wal Faizin, Maaf Zahir dan Batin atas segala kesilapan dan kesalahan samada sengaja mahupun tidak...Semoga bertemu kembali di Aidilfitri mendatang..."

Tuesday, August 4, 2009

PIAGAM PELANGGAN SURAU

PIAGAM PELANGGAN
SURAU ALHIKMAH SKTU1


Kami seluruh warga SKTU1 dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan :

1) Memastikan Surau Al-Hikmah SKTU1 akan sentiasa diimarahkan dengan aktiviti kerohanian secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

2) Memastikan jadual tugasan dan taqwim tahunan dilaksanakan dengan tepat dan tersusun.

3) Merekodkan segala aktiviti, mesyuarat, seminar, kewangan serta visi dan misi surau dalam sistem fail yang sistematik samada softcopy dan hardcopy.

4) Menjadikan Surau Al-Hikmah ini sebagai Surau Bestari contoh terbaik dalam daerah Johor Bahru.

5) Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan responsive terhadap keperluan dan kehendak pelanggan.

6) Menyediakan persekitaran kondusif dan budaya cintakan ilmu, amalan duniawi dan ukhrawi serta Iklim Dinie yang konsisten dan bermatlamat.

7) Bersedia dan sanggup menerima cadangan, pendapat, syor dan teguran yang membina untuk memastikan Surau Al-Hikmah SKTU1 ini menjadi tempat yang paling istimewa dalam kawasan sekolah.

No comments:

Post a Comment

LATAR